Jumaat, 1 Jun 2012

Akta Keterangan (Pindaaan) 2012- Berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012


Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  • …dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.

p/s: Apa pandangan korang? Adakah ianya menyekat kebebasan kita bersuara dan melontarkan pendapat?....


Sumber : amanz

Selasa, 29 Mei 2012

Gadget : Spesifikasi dan kelebihan Samsung Galaxy SIII




Bagi penggemar smartphone, kemunculan Samsung Galaxy SIII mungkin dinantikan. Sekarang Galaxy  SIII dah boleh didapati di pasaran Malaysia dengan harga RM2199   Sekali tengok macam dah jatuh cinta pula.

Samsung Galaxy SIII ni menggunakan Sistem Operasi Android versi 4.0 – Ice Cream Sandwich dan skrin yang bersaiz 4.8” HD Super AMOLED. ( Ada dua warna iaitu putih dan biru -Pebble Blue dan White Marble).




Saiz pula sangat nipis dengan ketebalan 8.6mm dan hanya seberat 133g

Berikut adalah spesifikasi lengkap bagi Samsung Galaxy SIII:

General : GSM 850/900/1800/1900 MHz, UMTS 850/900/1900/2100 MHz, HSDPA 21 Mbps,  HSUPA 5.76 Mbps; 4G (regional)
Form factor : Touchscreen bar phone
Dimensions : 136.6 x 70.6 x 8.6mm, 133g
Display : 4.8" 16M-color HD (720 X 1280 pixels ) Super AMOLED capacities touchscreen, Gorilla Glass
CPU:Quad-CORE 32nm ARM Cortex A9 1.4 GHz processors, Exynos 4212 Quad chipset
GPU : Mali-400MP
RAM : 1GB
OS : Android 4.0.4 (Ice Cream Sandwich)
Memory : 16/32/64GB storage, microSD card slot
Camera : 8 megapixel auto focus camera face detection, Full HD (1080p) video recording at 30fps
Connectivity:Wifi a/b/g/n, Wifi hospot, Bluetooth 4.0+HS, standart microUSB port, GLONASS/GPS SatNav receiver, 3.5 audio jack, FM radio, TV-out, USB-on-the-go,NFC
Battery: 2100 mAh



Antara kelebihan Samsung Galaxy SIII ini ialah 

i. Boleh mengecas secara wireless di mana SIII mempunyai teknologi pengecas tanpa wayar yang direka berdasarkan pengecas induktif. Telefon ini akan dicas dengan menggunakan platform khas.

ii. Mempunyai rekabentuk yang agak ringan dan nipis di mana ianya direka untuk mengoptimumkan cengkaman pegangan kita supaya tidak mudah jatuh dan lancar ketika menaip.

iii. Galaxy SIII menawarkan kapasiti penyimpanan 16BG dan 32GB dan Samsung menjanjikan versi 64GB. Telefon ini menyokong slot microSD yang tidak dimiliki telefon lain seperti iPhone 4S dan HTC One X.

iv. Komunikasi Jarak Dekat (NFC) yang membolehkan transaksi tanpa tunai dan pemindahan data dengan hanya menyentuh dua peranti secara serasi bersama.

v. Mempunyai suara yang diaktifkan sebagai pembantu peribadi (menyamai fungsi Siri pada iPhone 4S) dan suara tersebut digelar S.


Sumber: farhanrazak,  phycrewz


p/s: Niat dihati macam nak sambar satu, tapi apakan daya...hehehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger Pilihan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Themes